Akhirnya, Saksikan

Sekitar UTM yang ku kagumi

Mari tengok gambar2 menarik sekitar UTM Skudai :)


Blog

Video sedang dalam pembikinan.....

Ainuddin : Pejuang 'Degil' Melayu

Ainuddin seorang pejuang degil melayu. Mempertahankan melayu tanpa menjatuhkan bangsa lain.Seorang yang taat pada agama dan tidak pernah berdendam pada orang lain.

Ketahui lebih lanjut tentang Pejuangan Ainuddin di Dewan Tun Rahah,KTR
7 December 2011


 

8 Sekawan

-8 Sekawan-

Program ini bertujuan untuk mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum yang sedia ada... Program ini berlangsung pada 2 Disember 2011.... Memang meriah la... Semua pelajar tahun satu bersatu untuk menjayakan program ini walaupun kena hujan pada akhir program... Mandi hujan la jawabnya....









                                                 Hujan yang turun bagaikan mutiara.....


BBQ Persatuan Karisma

Persatuan Karisma adalah persatuan kompang. Aktiviti pertama pada tahun ini ialah BBQ. Makan dulu


                                            Berbincang masa depan kelab dan hidup di UTM


                                           Merapatkan silaturahim berkongsi pengalaman.

Fogging...

Ohok ohok! (batuk!)

KTR kena fogging la pulak, haha. Tapi takda pulak nyamuk dalam bilik kami ni. Mungkin tingkat atas ada banyak nyamuk kot?

Ni ada cerita lawak sikit. Si Fikri terlupa yang hari ni ada fogging, dia boleh pulak tertidur dalam bilik. Memang berasap la. HAHA. Pintunya pulak berkunci, so, memang kami tak tahu dia dalam bilik. Bila dah berasap satu bangunan, baru nampak Fikri ni keluar dengan gaya baru bangun tidur. Nasib baik selamat.

Asap-asap menyerang. Nyamuk tak boleh lari!

Pengalaman Balik Kampung

-Edisi : Pengalaman Balik Kampung-

Haaa... Yang ni bahagian paling menduga kami... Sebulan sebelum mid-sem,kami beli tiket di Seri Putri untuk pilang ke Kedah.... Masa tu seronok la.... Pada hari yang kami nak pulang, bas yang dijanjikan tiada... Jadi kami pulang pada keesokan harinya... Alhamdulillah kami dapat juga pulang ke Kedah walaupun dengan haluan yang berbeza.....

                     Gambar ini diambil ketika kami di Larkin Sentral....   Jam:3.00 AM                    
                                                                       
                                                        Sabar je la....hahaha

Mid-Term Test

Midterm mula hari Sabtu petang dan berakhir pada hari khamis. Masa test programming
blackout, jadi ramai orang tak jadi buat dan test ditunda pada 15 November 2011. Sorry, tak ada gambar sebab masa test tak boleh ambil gambar.
 
Sabtu 22/10/11 - Discrete Structure
Selasa 01/11/ 11 - Programming Technique 1
Rabu 02/11/11 - Digital Logic
Khamis 03/11/11 - Information System & Technology

First Assignment!

Hari ni kami dapat assignment yang pertama dalam subjek TIS (Technology and Information System).

Salah satu tugasan kami ialah membuat satu brochure tentang sebuah tablet PC yang berada di pasaran. Fuhh, susah ni. Ambil masa yang lama juga lah untuk kami memikirkan untuk buat brochure ni.

Setelah menggunakan sepenuhnya masa yang diberi, Alhamdulillah, brochure berjaya jugak disiapkan. Lega akhirnya.


Hasilnya :)


Perisian yang digunakan untuk buat brochure ini ialah Adobe Photoshop.

Pembelajaran Bermula

OK, dah selesai minggu orientasi yang memenatkan lagi menyeronokkan. Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan.

jeng-jeng-jeng

Dan aku maksudkan permulaan sesi pembelajaran. Seperti yang sedia maklum, kami pelajar Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, program Kejuruteraan Perisian. So, yang kami belajar mestilah yang berkaitan bidang komputer kan. 

Kuliah pertama kami : Kelas TIS di N24.

Bayangkan pagi-pagi sebelum pukul 7 dah berdiri tegak dekat bus stop. Lepas tu ramai gila orang yang ikut sama tunggu. HAHA. Biasa lah kan junior masih tak ketahuan lagi. 

Dah sampai N24 pulak pukul 7.15 macam tu. Awal gila, kuliah pun start pukul 8. 

Tapi kan bila dah lama, nanti mesti pukul 8.15 baru tunggu bas apa.. HAHA harap2 tak la macam tu.

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM)

-Fakulti Kami-

Setelah beberapa hari di UTM, kami di bawa ke fakulti pendaftaran kursus. Ditakdirkan kami bertiga berada sekelas. Pendedahan mengenai kursus dibuat oleh Dekan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat... Wah,bukan main bersemangat lagi masa mendengar taklimat... Ya la,bawak azam baru la katakan.... SELAMAT MEMULAKAN PEMBELAJARAN!!!!!!!!!!!!!

                                                Gambar diambil ketika mendengar taklimat
                                                         Wah.. Bersemangatnya!!!!
                                                                         
                                                                            Candid!!! 

                                                                 Dihadapan CICT....             
                                                            
                                                                   Muka-muka baru...
                                                                              
                                                   Mahasiswa Tahun 1 Sains Komputer     
                                                                              

Kolej Tun Razak

4 September 2011 - Minggu Tranformasi Mahasiswa (MTM)



Ahad : Ice breaking
Majlis bersama Naib Cancelor
Bersemangat!!
Gotong-royong di KTR
Riadah & tangkap gambar
Selepas lari, semua buat muka penat!


Malam terakhir.... Malam kebudayaan



























Program yang memberi pendedahan cara-cara hidup sebagai mahasiswa UTM dan tempat-tempat dalam kampus supaya mahasiswa tidak sesat

Hari Pertama


4 September 2011: Inilah tarikh keramat bagi kami. Hari yang membawa seribu satu makna kepada setiap daripada kami. Gembira, sedih, takut, semua macam perasaan menyelubungi hati di saat menanti tarikh puaka ini. Manakan tidak, belum puas kami beraya (HAHA). 

 Pintu Utama UTM

UTM yang sangat besar


Setelah sampai, baru ku tahu UTM ni sangat cantik (dan besar jugak -.-!). Kolej kami bernama Kolej Tun Razak (KTR), sebuah kolej lingkaran dalam dan akan diceritakan kemudian dengan lebih lanjut mengenainya . Di sinilah aku (Aizat), bertemu dengan roommate, iaitu si Shamil. Kebetulan ketika hendak ke dewan, bertemu pula dengan si Fikri. Kemudian, ke mana saja mesti kami bertiga.

Words Of Wisdom

If Allah(God) wanted to give happiness to anyone, it can not be detained by any hand whatsoever .... If Allah(God) wanted to give pain to someone, it can not be was served by any hands ............ So get on with my friends, do not give up .......... Do not grieve Allah(God) is with us