Hari Pertama


4 September 2011: Inilah tarikh keramat bagi kami. Hari yang membawa seribu satu makna kepada setiap daripada kami. Gembira, sedih, takut, semua macam perasaan menyelubungi hati di saat menanti tarikh puaka ini. Manakan tidak, belum puas kami beraya (HAHA). 

 Pintu Utama UTM

UTM yang sangat besar


Setelah sampai, baru ku tahu UTM ni sangat cantik (dan besar jugak -.-!). Kolej kami bernama Kolej Tun Razak (KTR), sebuah kolej lingkaran dalam dan akan diceritakan kemudian dengan lebih lanjut mengenainya . Di sinilah aku (Aizat), bertemu dengan roommate, iaitu si Shamil. Kebetulan ketika hendak ke dewan, bertemu pula dengan si Fikri. Kemudian, ke mana saja mesti kami bertiga.