jeng-jeng-jeng
Dan aku maksudkan permulaan sesi pembelajaran. Seperti yang sedia maklum, kami pelajar Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, program Kejuruteraan Perisian. So, yang kami belajar mestilah yang berkaitan bidang komputer kan.
Kuliah pertama kami : Kelas TIS di N24.
Bayangkan pagi-pagi sebelum pukul 7 dah berdiri tegak dekat bus stop. Lepas tu ramai gila orang yang ikut sama tunggu. HAHA. Biasa lah kan junior masih tak ketahuan lagi.
Dah sampai N24 pulak pukul 7.15 macam tu. Awal gila, kuliah pun start pukul 8.
Tapi kan bila dah lama, nanti mesti pukul 8.15 baru tunggu bas apa.. HAHA harap2 tak la macam tu.